Sunday, May 24, 2009

KEPENTINGAN SALASILAH KELUARGA

Salasilah keturunan seseorang itu amat penting diketahui dalam masyarakat manusia bertamadun. Menjejaki asal usul keturunan seseorang boleh memberi manfaat kepada hubungan silaturahim kaum kerabat; dan merapat dan mengekalkan hubungan silaturahim sangatlah dituntut dalam Islam.

Allah berfirman:

"Dan bertakwalah kepada Allah yang kamu selalu meminta dengan menyebut namaNya, serta peliharalah hubungan silaturrahim kaum kerabat." – (Surah An-Nisaa: 1)

Dalam sebuah hadis Qudsi pula Allah berfirman:

"Barang siapa yang memutuskan tali kekeluargaan, akan aku putuskan hubunganKu dengan dia. Dan barangsiapa menyambungkan tali kekeluargaan, Akupun akan mengukuhkan tali kekeluargaannya nanti."

Lebih daripada itu diriwayatkan dalam banyak hadis bahawa amalan silaturrahim akan memakmurkan rumah dan menambah usia walaupun para pelakunya bukan orang baik-baik. Amalan silaturrahim ini akan membersihkan segala amalan kita yang lain serta melipatgandakan kekayaan dan menolak bala..

Kini, lain pula budayanya. Minat untuk mencari waris, menjejak kasih tidak lagi menjadi keutamaan di kalangan orang kita. Inilah akibat dari arus pembangunan dan pemodenan. Sifat nafsi-nafsi sudah berleluasa, terutamanya di kalangan penduduk bandar.

Salasilah merupakan sebahagian daripada ilmu sains sosial yang turut mempunyai hubungan dengan ilmu sejarah. Penekanan kepada ilmu salasilah dalam kalangan orang Melayu khususnya agak terhad kepada golongan kerabat diraja maupun bangsawan sahaja.

Ilmu penulisan salasilah ini penting atau "vital" kerana melalui ilmu ini kita akan cuba mencari identiti dan jati diri kita sendiri

No comments:

Post a Comment