Monday, May 25, 2009

KELUARGA ADALAH ASAS MASYARAKAT

Keluarga terdiri daripada empat :-

1. Keluarga Asas : Terdiri daripada ibu, bapa,, anak-anak

2. Keluarga Luas : Terdiri daripada beberapa keluarga asas yang sama keturunan

3. Keluarga Orientasi : Keluarga yang bertanggungjawab untuk meletak mereka

kepada masyarakat melalui pendidikan dan sebagainya

4. Keluarga Prokreasi : Keluarga yang bertanggungjawab menghasilkan,

membudayakan dan mensosilakan zuriat.



DEFINISI KELUARGA

Keluarga berasal dari bahasa Sanskrit iaitu kula dan warga ” kulawarga” yang bererti ” anggota, kelompok kerabat”. Keluarga adalah lingkungan di mana beberapa orang yang masih memiliki hubungan darah, bersatu. Keluarha juga bermaksud satu kumpulan manusia yang dihubungkan melalui pertalian darah, perkahwinan atau pengambilan anak angkat.

DEFINISI SALASILAH

Menurut kamus sastera Melayu, salasilah bermaksud susur galur keturunan, asal keturunan. Oleh itu, dapat disimpulkan bahawa salasilah adalah bermaksud susur galur sesebuah keluarga atau asal usul keturunan seseuah keluarga.

Sunday, May 24, 2009

KEPENTINGAN SALASILAH KELUARGA

Salasilah keturunan seseorang itu amat penting diketahui dalam masyarakat manusia bertamadun. Menjejaki asal usul keturunan seseorang boleh memberi manfaat kepada hubungan silaturahim kaum kerabat; dan merapat dan mengekalkan hubungan silaturahim sangatlah dituntut dalam Islam.

Allah berfirman:

"Dan bertakwalah kepada Allah yang kamu selalu meminta dengan menyebut namaNya, serta peliharalah hubungan silaturrahim kaum kerabat." – (Surah An-Nisaa: 1)

Dalam sebuah hadis Qudsi pula Allah berfirman:

"Barang siapa yang memutuskan tali kekeluargaan, akan aku putuskan hubunganKu dengan dia. Dan barangsiapa menyambungkan tali kekeluargaan, Akupun akan mengukuhkan tali kekeluargaannya nanti."

Lebih daripada itu diriwayatkan dalam banyak hadis bahawa amalan silaturrahim akan memakmurkan rumah dan menambah usia walaupun para pelakunya bukan orang baik-baik. Amalan silaturrahim ini akan membersihkan segala amalan kita yang lain serta melipatgandakan kekayaan dan menolak bala..

Kini, lain pula budayanya. Minat untuk mencari waris, menjejak kasih tidak lagi menjadi keutamaan di kalangan orang kita. Inilah akibat dari arus pembangunan dan pemodenan. Sifat nafsi-nafsi sudah berleluasa, terutamanya di kalangan penduduk bandar.

Salasilah merupakan sebahagian daripada ilmu sains sosial yang turut mempunyai hubungan dengan ilmu sejarah. Penekanan kepada ilmu salasilah dalam kalangan orang Melayu khususnya agak terhad kepada golongan kerabat diraja maupun bangsawan sahaja.

Ilmu penulisan salasilah ini penting atau "vital" kerana melalui ilmu ini kita akan cuba mencari identiti dan jati diri kita sendiri